Thursday, April 23, 2009

Penataran Berasaskan Sekolah (PBS)

Assalamualaikum wrt wbt...

Hari ini saya telah mengikuti satu kursus yang diberi nama Kursus Penataran Berasaskan Sekolah (PBS)Pendidikan Islam PMR 2009.

Kursus ini adalah membincangkan cara-cara pelaksanaan PBS dan pengemaskinian failnya agar lebih menarik dan berkesan. Ia terbahagi kepada 2 bahagian iaitu :

i) Penilaian Tilawah dan Hafazan (UTH) = 30 Markah
ii) Penilaian Adab (AAI) = 20 Markah


Seharusnya penilaian ini dibuat sepanjang tahun dan hanya ditutup secara rasminya pada 31 Julai setiap tahun...


Justeru, kepada Guru-guru yang mengajar Tingkatan 3 agar dapat menyediakan fail-fail dan dokumen-dokumen seperti yang telah kita buat seperti tahun-tahun sebelumnya. Kita akan mengadakan perjumpaan dalam masa yang terdekat ini untuk memperjelaskan pelaksanaan tersebut.


Sekian Terima kasih.

Friday, April 17, 2009

KEPUTUSAN MTQ DAERAH BERA 2009




Tahniah kepada Adik Firdaus Nordin (Tingkatan 5A) yang telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Hafazan al-Quran...( Berbaju Melayu Cokelat )


Alhamdulillah, walaupun pencapaian agak tidak membanggakan namun pihak panitia mengucapkan ribuan terima kasih dan cuba lagi kepada peserta-peserta MTQ wakil sekolah yang telah berusaha...